Wednesday, May 5, 2021

(KPF3012) FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

Assalamualaikum W.B.T.



Kami merupakan mahasiswa/mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penulisan Blog ini merupakan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah kami dalam subjek (KPF3012)PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA :FALSAFAH DAN DASAR

Berikut merupakan senarai nama ahli kumpulan kami:


1.SAYED AMMAR BIN SAYED HASSAN
 (D20202096704)

2.MUHAMAD NAZRI BIN ABDUL AZIZ 
(D20202096705)


3.WARDAH MASITAH BINTI SERUBIH
(D20202096706)


4.NURCHAHAYA BINTI ZAINUDDIN
 (D20202096707)


A)FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (FPG)

Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang nyata dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamatnegara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961), Akta Pelajaran, Rukun Negara, Dasar Pelajaran dan Rancangan Malaysia.

Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 39

Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:

i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar.

i. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.

Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik:

 

Huraian Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

FPG yang digubal mengandungi sembilan perkara yang membentuk pemikiran dan amalan profesionlisme keguruan.

1-Berpekerti mulia :Guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa , masyarakat) melebih diri.

2-Berpandangan progresif dan saintifik:Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatifdan motivatif. Mempunyaimindayang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan ilmunya

3-Bersedia menjunjung aspirasi Negara:Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matamat negara sebagai yang utama.

4-Menyanjung warisan kebudayaan Negara:Meletakkan diri sebagai role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat

5-Menjamin perkembangan individu:Sentiasa memberikan keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.

6-Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

7-Memelihara suatu masyarakat yang demokratik

Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan. Berlaku adil dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan pertimbangan wajar.

8-Memelihara suatu masyarakat yang progresif

Memberi penekanankepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikiran secaraprogresif dan saintifik. Guru perlu menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta

9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin

Mempastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nlai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang.


DIMENSI PENDIDIKAN GURU

i. Ketuhanan

:Penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Mendidik itu merupakan suatu kerja ibadah yang mulia di sisi agama.

i. Kemasyarakatan

:Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen perubahan dan agen sosialisasi.

iii. Kendiri

:Penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah yang mumi dan berpekerti mulia.

KOMPONEN PENDIDIKAN GURU

i. Ilmu/ Pengetahuan

:Ilmu/ pengetahuan yang berkaitan dengan perkembang dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Menurut Shulman (1986) terdapat 7 jenis pengetahuan yang setiap guru mesti kuasai untuk menjadi guru yang berkesan.

-Pengetahuan tentang pedagogi umum

-Pengetahuan tentang kandungan subjek

-Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek

-Pengetahuan tentang kurikulum

-Pengetahuan tentang pelajar

-Pengetahuan tentang konteks pendidikan

-Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan

ii. Kemahiran

Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga mesti mempunyai kemahiran-kemahiran berikut:

-Interpersonal

-Intrapersonal

-Komunikasi

-Teknologi

-Kemahiran Profesional

-Pengurusan masa Pengurusan kelas

iii. Nilai

Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif, pro aktif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.

"Because public school teacher are government employees and because of their leadership roles with students, they are often expected by the public at large and their school system superiors to conform to certain codes of personal behavior that are not usually imposed upon other adults." (Myers & Myers, 1995)



B)FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MENJADI TERAS KEPADA  PEMBENTUKAN DAN AMALAN GURU-GURU DARI ASPEK PENGETAHUAN, KETERAMPILAN, SAHSIAH DAN ETIKA GURU.

Pengertian dan maksud :

Pendidikan yang terbaik mestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik. Namun, kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyebabkan sesuatu pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik di mana ilmu yang disampaikan itu tidak dapat diberi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini turut mempengaruhi prestasi kerja seseorang guru itu kerana hasil pelajar yang dididik adalah penentu aras kepada prestasi kerja seseorang guru itu.

a) Pemilihan kerjaya

Pemilihan kerjaya memainkan peranan yang penting bagi memastikan seseorang individu itu berjaya mencapai kejayaan di dalam bidang yang diceburinya. Ianya perlulah bersesuaian dengan karakter diri serta minat yang mendalam sebelum sesuatu pekerjaan itu dipilih menjadi kerjaya seseorang individu itu, di mana akhirnya menjamin masa depan yang cemerlang. Proses pemilihan kerjaya adalah bergantung kepada beberapa faktor dan ianya adalah berbeza bagi setiap individu.

b) Tanggungjawab

Tanggungjawab yang digalas oleh seseorang guru adalah besar kerana proses awal pembentukan seseorang individu adalah bermula di sekolah di mana gurulah insan yang akan menjalankan tugas tersebut. Tugas sebagai seorang guru tidak semudah yang disangkakan. Pelbagai tanggungjawab yang digalas oleh guru semasa di sekolah samada berkaitan dengan akademik atau tidak.

Guru merupakan ibu dan bapa kepada para pelajar, lantaran itu menjadi tanggungjawab ke atas guru itu terhadap keselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar. Dalam kesibukan mengajar, mereka juga menjadi kaunselor menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang berada di bawah pengawasan mereka selain menjalankan kerja “perkeranian” seperti mengisi kad maklumat pelajar, dan sebagainya Oleh yang demikian, sesetengah guru kurang membuat persediaan yang secukupnya sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran. Kurangnya persediaan yang rapi akan menyebabkan guru tersebut hanya sekadar menyampaikan ilmu sahaja tanpa cuba memasukkan elemen yang berkaitan dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan (FPK).


1.Mengamalkan Kemahiran Profesional.

• Guru adalah tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan.

• Guru memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,berbudaya ilmu dan berakhlak.

• Para pelajar mestilah di didik menggunakan kemahiran beraras tinggi yang di ajar oleh guru.

2.Berusaha Meningkatkan penguasaan Bidang Ilmu Dan Kemahiran.

• Guru perlu menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya menjadi fasilitator yang baik.

• Hal ini akan menjadikan  mereka berusaha sebaik mungkin untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi dan sebagainya.

• Ini dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran yang ada pada diri demi meningkatkan prestasi masing-masing.

3.Guru Berperanan Sebagai Pembimbing.

• Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan.

• Guru juga perlu membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan (FPK)

4.Cenderung Mengamalkan Pengajaran Yang Efektif.

• Guru yang efektif sentiasa mengenalpasti ciri-ciiri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan juga dari segi penilaian pengajaran.

• Perancangan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran.

5. Melahirkan Guru Yang Berkualiti Dari Aspek Sosial.

• Guru bukan sahaja perlu bergaul dengan masyarakat sekolah malah dengan masyarakat setempat dan kawasan sekeliling mereka.

• Hal ini kerana guru ke mana-mana sahaja guru pergi, mereka membawa satu imej perwatakan seorang guru.

6. Berpegang Teguh Kepada Agama.

• Guru yang berpegang teguh dengan ajaran agama sentiasa mengajar hanya untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan semasa hidup di dunia dan juga akhirat.

• Setiap guru berpegang teguh kepada agama kerana ia secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang guru sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan sehingga boleh menerapkan nilai-nilai rohani pada setiap murid supaya mempraktikkan ajaran agama dengan baik.



7.Pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid

• Guru ialah pihak yangbertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan dan bimbingan.

• Kementerian  Pelajaran  Malaysia (KPM)  memastikan kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai murni.

8. Meningkatkan penguasaan dalam bidang ICT.

• Penggunaan ICT  oleh guru dan pelajar dalam proses pdp boleh meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pembelajaran.

• Seseorang guru perlu belajar untuk menguasai teknologi maklumat dan komunikasi

C)MENILAI KATEGORI KERJAYA GURU SEBAGAI PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM

1.Definisi Profesion

Mengikut Kamus Dewan Edisi IV (2005),Profesion ialah suatu bidang pekerjaan yang emerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khusus.Seterusnya mengikut,Cruess, R., Johnston S & Cruess, R (2004),mentakrif profesion sebagai pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan and kemahiran yangkomplek. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan komitedmemberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkansebagai suatu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat.

Manakala,Lieberman (1956) mendefinisikan profesion sebagai satu bidang yangmempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek, latihan ikhtisas yangmencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi,mementingkan mutu perhidmatan, mempunyai tatasusila perhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan profesion.

2.Profesion seorang guru adalah profesional

Kerjaya sebagai seorang guru dianggap profesional kerana guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui tempoh latihan Jangka masa yang panjang, selain itu,guru juga mengikuti kursus untuk meningkatkan tahap profesional, dan sentiasa berusaha untuk berbakti kepada anak murid yang ada.

Seperti yang kita tahu, suatu tugas profesional mempunyai latihan ikhtisas dalam latihan perguruan. Dalam masa yang sama dapat kita lihat setiap guru juga mempunyai kuasa autonomi dalam menentukan kaedah mengajar di dalam bilik darjah dan pemilihan teknik dan strategi pemilihan teknik dan strategi yang sesuai bagi anak-anak muridnya. Seorang guru juga dianggap profesional kerana mereka mempunyai autoriti atau bidang kuasa seperti atau bidang kuasa seperti menentukan kaedah mengajar didalam kelas, , mempunyai kawalan disiplin pelajar dan boleh menentukan ganjaran atau denda bagi setiap perlakuan pelajar, pengelelolaan gerak kerja kokurikulum dan menjadi pembimbing kepada pelajar khasnya di dalam pemilihan kerjaya dan bidang pengajian yang khusus.


Terdapat empat ciri umum yang menjadikan bidang keguruan sebagai suatu bidang professional iaitu:

i-Seorang guru mempunyai ilmu yang sangat tinggi berbanding orang awam yang bukan guru. Ini kerana seorang guru mempunyaipengetahuan yang luas dan menjalani latihan khas di Institut Perguruan. Selain daripada itu, setiap guru matapelajaran mempunyai pengetahuan yang mendalam bagi setiap matapelajaran yang di ajarnya. 

ii-Guru juga membuat kajian terperinci mengenai permasalahan pelajar di sekolah dan menerbitkannya bagi tujuan kajian pada masa akan datang. Profesion keguruan juga mempunyai piawaian kemasukan yang tertentu dan mempunyai perlesenan bagi setiap matapelajaran yang ingin diajar. Syarat kemasukan di dalam Institut Perguruan adalah tinggi di mana setiap bakal guru yang ingin memasuki institut hendaklah cemerlang di dalam lima atau lebih subjek dan mesti cemerlang di dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Setiap beberapa tahun sekali, institut akan di pantau oleh pihak tertentu bagi menguji kualiti pengajian di institut tersebut. 

iii-Guru kualiti pengajian di institut tersebut. Guru di dalam bilik darjah mempunyai autonomi didalam bilik darjah iaitu mempunyai autonomi di dalam membuat keputusan. Ketika guru berada di dalam bilik darjah, guru tersebut mempunyai kuasa bagi menentukan apa sahaja yang ingin dilakukannya.Kaedah dan teknik mengajar, menentukan ganjaran atau denda bagi setiap perlakuan pelajar, dan lain-lain lagi. 

iv-Guru juga mempunyai darjat dan martabat didalam suatu masyarakat dan mempunyai sumber ekonomi yang kukuh. Guru mempunyai nilai gaji yang tetap yang dan akan meningkat setiap tahun perkhidmatannya.Guru juga mempunyai gaji yang tinggi berbanding tugas-tugas yang lain. Pekerjaan seorang guru di angkat tinggi oleh sesebuah masyarakat. Mereka di sanjung dan dipandang tinggi sebagai sorang pendidik, pemudah cara dan akan menjadikan generasi akan datang seorang yang berguna kepada masyarakat,agama,nusa dan bangsa.

Dapatlah dilihat disini,kerjaya seorang guru adalah sangat penting dan ia merupakan satu pekerjaan yang professional.Seterusnya,Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.

 Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek.

 Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan  selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.

 Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)


D)ANALISIS KOMPONEN STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) KE ARAH MELAHIRKAN GURU MALAYSIA YANG BERTARAF DUNIA:

Pengertian Standard Guru Malaysia (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Kerangka & Model

Standard Guru Malaysia mengandungi 3 komponen utama  :

1.      Komponen Standard (S)

2.      Komponen Keperluan (K)

3.      Komponen Asas Penentu Standard & Keperluan

 

Matlamatnya :

1.       Melahirkan Guru Malaysia yang unggul.

2.      Membangunkan Modal Insan yang bertaraf dunia.

 


 


Analisis perincian Standard Guru Malaysia :

1.Komponen Standard (S)

 


 

Standard 1 : Amalan nilai profesionalisme keguruan

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya institusi Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai 3 domain utama iaitu :

 

1- Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. 

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.


2- Domain Profesion 

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

 

3 -Domain Sosial 

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

 

 

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman 

 Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. 

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut: 

·       Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. 

·      Kandungan Ilmu Pendidikan 

·                    Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. 

·      Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. 

·     Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan

pengajaran dan pembelajaran. 

·    Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. 

 

Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran 

 

Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. 

  Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut: 

·           Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. 

·          Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

·        Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

·        Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

 

2.Komponen Keperluan (K)


 

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta     perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:

 

Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan 

Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut: 

·            Mengiklankan permohonan

·            Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan 

·          Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga 

·            Melaksanakan sesi temu duga calon guru 

·            Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya 

·           Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran 

·           Menandatangani perjanjian latihan perguruan

 

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut: 

·            Kurikulum latihan 

·          Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi 

·           Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah 

·            Sumber pengajaran dan pembelajaran 

·         Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa

 

Keperluan 3: Kolaborasi

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut: 

·           Sekolah 

·            Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara 

·            Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan

 

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut: 

·         Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa. 

 

·    Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

 

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan: 

·            Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard 

·           Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan 

·           Penandaarasan latihan perguruan 

·         Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

 

Guru Kompoten :


 

Guru kompoten ialah guru yang mempunyai kemahiran dalam mengeruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seorang guru perlu mempunyai kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Interaksi dua hala antara guru dengan murid dan murid dengan guru memainkan peranan penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh murid. Antara ciri guru kompoten ialah mempunyai kemahiran pertuturan yang baik antara murid yang bagus serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi berkaitan mata pelajaran yang diajar.


Modal Insan Unggul :

 


 

Apabila guru kompeten dapat diwujudkan dengan itu Modal insan unggul juga dapat dilahirkan. Dalam konteks ini Modal Insan Unggul merupakan ciri yang dimiliki oleh manusia yang menyebabkan mereka lebih produktif.Modal Insan Unggul dapat dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijraan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang.

Pembangunan modal insan unggul suatu proses bertujuan  untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa dan pembangunan yang penuh dengan keinsanannya. Ia harus dilengkapi dengan jiwa, hati dan naluri bagi melahirkan insan yang mempunyai sifat keinsanan.

 

Kesimpulan

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang.

 


 

 


No comments:

Post a Comment

(KPF3012) FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

Assalamualaikum W.B.T. Kami merupakan mahasiswa/mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penulisan Blog ini merupakan kerja kursus...