Assalamualaikum W.B.T.
Kami merupakan mahasiswa/mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Penulisan Blog ini merupakan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah kami dalam subjek (KPF3012)PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA :FALSAFAH DAN DASAR
Berikut merupakan senarai nama ahli kumpulan kami:
A)FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (FPG)
Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang nyata dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamatnegara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961), Akta Pelajaran, Rukun Negara, Dasar Pelajaran dan Rancangan Malaysia.
Perkembangan
Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 39
Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan
halatuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:
i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya
pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif
bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar.
i. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam
masyarakat.
Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran
Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan
mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan,
amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di
Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan
hasrat untuk mendidik:
Huraian Kandungan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
FPG yang digubal mengandungi sembilan perkara yang membentuk pemikiran dan amalan profesionlisme keguruan.
1-Berpekerti mulia :Guru yang bersedia meletakkan
kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa , masyarakat) melebih diri.
2-Berpandangan progresif dan saintifik:Guru sentiasa
berfikiran positif, proaktif, inovatifdan motivatif. Mempunyaimindayang
kehadapan dan sentiasa memperkembangkan ilmunya
3-Bersedia menjunjung aspirasi Negara:Guru yang sentiasa
meletakkan hasrat dan matamat negara sebagai yang utama.
4-Menyanjung warisan kebudayaan Negara:Meletakkan diri sebagai
role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara
agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat
5-Menjamin perkembangan individu:Sentiasa memberikan
keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi
secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan
kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.
6-Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk
dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan
memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama
lain.
7-Memelihara suatu masyarakat yang demokratik
Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat
keputusan. Berlaku adil dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan
pertimbangan wajar.
8-Memelihara suatu masyarakat yang progresif
Memberi penekanankepada aspek inovatif, kreatif, analitikal,
kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid
yang dapat berfikiran secaraprogresif dan saintifik. Guru perlu menekankan
kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat
dan mereka cipta
9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin
Mempastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi
penerapan nlai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar
membentuk masyarakat yang cemerlang.
DIMENSI PENDIDIKAN
GURU
i. Ketuhanan
:Penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada ajaran agama. Mendidik itu merupakan suatu kerja ibadah yang
mulia di sisi agama.
i. Kemasyarakatan
:Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen
perubahan dan agen sosialisasi.
iii. Kendiri
:Penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah yang mumi dan berpekerti mulia.
KOMPONEN PENDIDIKAN
GURU
i. Ilmu/ Pengetahuan
:Ilmu/ pengetahuan yang berkaitan dengan perkembang dan
kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Menurut Shulman (1986) terdapat 7 jenis
pengetahuan yang setiap guru mesti kuasai untuk menjadi guru yang berkesan.
-Pengetahuan tentang pedagogi umum
-Pengetahuan tentang kandungan subjek
-Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek
-Pengetahuan tentang kurikulum
-Pengetahuan tentang pelajar
-Pengetahuan tentang konteks pendidikan
-Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan
ii. Kemahiran
Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan
bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu guru juga mesti mempunyai kemahiran-kemahiran berikut:
-Interpersonal
-Intrapersonal
-Komunikasi
-Teknologi
-Kemahiran Profesional
-Pengurusan masa Pengurusan kelas
iii. Nilai
Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni,
perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik,
inovatif, kreatif, motivatif, pro aktif dan patuh kepada Etika Profesionalisme
Keguruan.
"Because public school teacher are government employees and because of their leadership roles with students, they are often expected by the public at large and their school system superiors to conform to certain codes of personal behavior that are not usually imposed upon other adults." (Myers & Myers, 1995)
B)FALSAFAH
PENDIDIKAN GURU MENJADI TERAS KEPADA
PEMBENTUKAN DAN AMALAN GURU-GURU DARI ASPEK PENGETAHUAN, KETERAMPILAN,
SAHSIAH DAN ETIKA GURU.
Pengertian dan
maksud :
Pendidikan yang
terbaik mestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik. Namun,
kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menyebabkan sesuatu pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik di
mana ilmu yang disampaikan itu tidak dapat diberi secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini
turut mempengaruhi prestasi kerja seseorang guru itu kerana hasil pelajar yang
dididik adalah penentu aras kepada prestasi kerja seseorang guru itu.
a) Pemilihan
kerjaya
Pemilihan
kerjaya memainkan peranan yang penting bagi memastikan seseorang individu itu
berjaya mencapai kejayaan di dalam bidang yang diceburinya. Ianya perlulah
bersesuaian dengan karakter diri serta minat yang mendalam sebelum sesuatu
pekerjaan itu dipilih menjadi kerjaya seseorang individu itu, di mana akhirnya
menjamin masa depan yang cemerlang. Proses pemilihan kerjaya adalah bergantung
kepada beberapa faktor dan ianya adalah berbeza bagi setiap individu.
b) Tanggungjawab
Tanggungjawab
yang digalas oleh seseorang guru adalah besar kerana proses awal pembentukan
seseorang individu adalah bermula di sekolah di mana gurulah insan yang akan
menjalankan tugas tersebut. Tugas sebagai seorang guru tidak semudah yang
disangkakan. Pelbagai tanggungjawab yang digalas oleh guru semasa di sekolah
samada berkaitan dengan akademik atau tidak.
Guru merupakan ibu dan bapa kepada para pelajar, lantaran itu menjadi tanggungjawab ke atas guru itu terhadap keselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar. Dalam kesibukan mengajar, mereka juga menjadi kaunselor menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang berada di bawah pengawasan mereka selain menjalankan kerja “perkeranian” seperti mengisi kad maklumat pelajar, dan sebagainya Oleh yang demikian, sesetengah guru kurang membuat persediaan yang secukupnya sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran. Kurangnya persediaan yang rapi akan menyebabkan guru tersebut hanya sekadar menyampaikan ilmu sahaja tanpa cuba memasukkan elemen yang berkaitan dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan (FPK).
1.Mengamalkan
Kemahiran Profesional.
• Guru adalah tenaga
ikhtisas di dalam bidang perguruan.
• Guru memainkan
peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,berbudaya
ilmu dan berakhlak.
• Para pelajar
mestilah di didik menggunakan kemahiran beraras tinggi yang di ajar oleh guru.
2.Berusaha Meningkatkan penguasaan Bidang Ilmu Dan Kemahiran.
• Guru perlu
menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, mahir
mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya menjadi
fasilitator yang baik.
• Hal ini akan
menjadikan mereka berusaha sebaik
mungkin untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi
dan sebagainya.
• Ini dapat
membantu mereka meningkatkan kemahiran yang ada pada diri demi meningkatkan
prestasi masing-masing.
3.Guru Berperanan Sebagai Pembimbing.
• Guru sebagai
seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling
untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan.
• Guru juga perlu membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
4.Cenderung Mengamalkan Pengajaran Yang Efektif.
• Guru yang
efektif sentiasa mengenalpasti ciri-ciiri pengajaran efektif dari segi
perancangan, pelaksanaan, dan juga dari segi penilaian pengajaran.
• Perancangan
pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap proses
dan objektif pembelajaran.
5. Melahirkan Guru Yang Berkualiti Dari Aspek Sosial.
• Guru bukan sahaja perlu bergaul dengan masyarakat sekolah malah dengan masyarakat setempat dan kawasan sekeliling mereka.
• Hal ini kerana
guru ke mana-mana sahaja guru pergi, mereka membawa satu imej perwatakan
seorang guru.
6. Berpegang
Teguh Kepada Agama.
• Guru yang
berpegang teguh dengan ajaran agama sentiasa mengajar hanya untuk mendapatkan
keredhaan dan keberkatan semasa hidup di dunia dan juga akhirat.
• Setiap guru
berpegang teguh kepada agama kerana ia secara tidak langsung akan menyebabkan
seseorang guru sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan sehingga boleh
menerapkan nilai-nilai rohani pada setiap murid supaya mempraktikkan ajaran
agama dengan baik.
7.Pihak yang
bertanggungjawab memupuk potensi murid
• Guru ialah
pihak yangbertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan dan bimbingan.
•
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan kurikulum di sekolah mampu
memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid dengan menekankan
pendidikan yang berasaskan nilai murni.
8. Meningkatkan
penguasaan dalam bidang ICT.
• Penggunaan
ICT oleh guru dan pelajar dalam proses
pdp boleh meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pembelajaran.
• Seseorang guru perlu belajar untuk menguasai teknologi maklumat dan komunikasi
C)MENILAI KATEGORI KERJAYA GURU SEBAGAI PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM
1.Definisi Profesion
Mengikut Kamus Dewan Edisi IV (2005),Profesion ialah suatu bidang pekerjaan yang emerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khusus.Seterusnya mengikut,Cruess, R., Johnston S & Cruess, R (2004),mentakrif profesion sebagai pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan and kemahiran yangkomplek. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan komitedmemberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkansebagai suatu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat.
Manakala,Lieberman (1956) mendefinisikan profesion sebagai satu bidang yangmempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek, latihan ikhtisas yangmencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi,mementingkan mutu perhidmatan, mempunyai tatasusila perhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan profesion.
2.Profesion seorang guru adalah profesional
Kerjaya sebagai seorang guru dianggap profesional kerana
guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui tempoh latihan Jangka masa
yang panjang, selain itu,guru juga mengikuti kursus untuk meningkatkan tahap
profesional, dan sentiasa berusaha untuk berbakti kepada anak murid yang ada.
Seperti yang kita tahu, suatu tugas profesional mempunyai latihan ikhtisas dalam latihan perguruan. Dalam masa yang sama dapat kita lihat setiap guru juga mempunyai kuasa autonomi dalam menentukan kaedah mengajar di dalam bilik darjah dan pemilihan teknik dan strategi pemilihan teknik dan strategi yang sesuai bagi anak-anak muridnya. Seorang guru juga dianggap profesional kerana mereka mempunyai autoriti atau bidang kuasa seperti atau bidang kuasa seperti menentukan kaedah mengajar didalam kelas, , mempunyai kawalan disiplin pelajar dan boleh menentukan ganjaran atau denda bagi setiap perlakuan pelajar, pengelelolaan gerak kerja kokurikulum dan menjadi pembimbing kepada pelajar khasnya di dalam pemilihan kerjaya dan bidang pengajian yang khusus.
Terdapat empat ciri umum yang menjadikan bidang keguruan sebagai suatu bidang professional iaitu:
i-Seorang guru mempunyai ilmu yang sangat tinggi berbanding orang awam yang bukan guru. Ini kerana seorang guru mempunyaipengetahuan yang luas dan menjalani latihan khas di Institut Perguruan. Selain daripada itu, setiap guru matapelajaran mempunyai pengetahuan yang mendalam bagi setiap matapelajaran yang di ajarnya.
ii-Guru juga membuat kajian terperinci mengenai permasalahan pelajar di sekolah dan menerbitkannya bagi tujuan kajian pada masa akan datang. Profesion keguruan juga mempunyai piawaian kemasukan yang tertentu dan mempunyai perlesenan bagi setiap matapelajaran yang ingin diajar. Syarat kemasukan di dalam Institut Perguruan adalah tinggi di mana setiap bakal guru yang ingin memasuki institut hendaklah cemerlang di dalam lima atau lebih subjek dan mesti cemerlang di dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Setiap beberapa tahun sekali, institut akan di pantau oleh pihak tertentu bagi menguji kualiti pengajian di institut tersebut.
iii-Guru kualiti pengajian di institut tersebut. Guru di dalam bilik darjah mempunyai autonomi didalam bilik darjah iaitu mempunyai autonomi di dalam membuat keputusan. Ketika guru berada di dalam bilik darjah, guru tersebut mempunyai kuasa bagi menentukan apa sahaja yang ingin dilakukannya.Kaedah dan teknik mengajar, menentukan ganjaran atau denda bagi setiap perlakuan pelajar, dan lain-lain lagi.
iv-Guru juga mempunyai darjat dan martabat didalam suatu masyarakat dan mempunyai sumber ekonomi yang kukuh. Guru mempunyai nilai gaji yang tetap yang dan akan meningkat setiap tahun perkhidmatannya.Guru juga mempunyai gaji yang tinggi berbanding tugas-tugas yang lain. Pekerjaan seorang guru di angkat tinggi oleh sesebuah masyarakat. Mereka di sanjung dan dipandang tinggi sebagai sorang pendidik, pemudah cara dan akan menjadikan generasi akan datang seorang yang berguna kepada masyarakat,agama,nusa dan bangsa.
Dapatlah dilihat disini,kerjaya seorang guru adalah sangat
penting dan ia merupakan satu pekerjaan yang professional.Seterusnya,Sistem
pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk
memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan.
Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan
menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak
bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal
ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat
ditangani.
Namun kini sejauh
mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah
bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang
menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin
hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang
diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan
arkitek.
Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari
ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk
mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan
pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa
ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan
kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan
kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam
Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus
pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan
keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan
kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha
kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma
kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)
D)ANALISIS KOMPONEN STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) KE ARAH MELAHIRKAN GURU MALAYSIA YANG BERTARAF DUNIA:
Pengertian Standard Guru Malaysia (SGM)
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan
kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru
mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai
panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.
Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan
berterusan.
Kerangka & Model
Standard Guru Malaysia mengandungi 3
komponen utama :
1. Komponen Standard (S)
2. Komponen Keperluan (K)
3. Komponen Asas Penentu Standard & Keperluan
Matlamatnya :
1.
Melahirkan Guru Malaysia yang unggul.
2.
Membangunkan Modal Insan yang bertaraf dunia.
Analisis perincian Standard Guru Malaysia :
1.Komponen Standard (S)
Standard 1 : Amalan nilai profesionalisme keguruan
Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya
institusi Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni
dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam perkhidmatan Awam, prinsip utama
Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai 3 domain utama
iaitu :
1- Domain Diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada
Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil,
bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan
sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan
efisien.
2- Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara
telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang
profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan
terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja
sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
3 -Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah
keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan
kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard
2: Pengetahuan dan Kefahaman
Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:
· Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
· Kandungan Ilmu Pendidikan
· Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
· Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
· Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan
pengajaran dan pembelajaran.
· Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
Standard
3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.
Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:
· Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.
· Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
· Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.
· Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
2.Komponen Keperluan (K)
Agensi dan institusi latihan perguruan
patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan,
peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting
latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap
kompetensi yang diharapkan iaitu:
Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan
Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut:
· Mengiklankan permohonan
· Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan
· Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga
· Melaksanakan sesi temu duga calon guru
· Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
· Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
· Menandatangani perjanjian latihan perguruan
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:
· Kurikulum latihan
· Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
· Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah
· Sumber pengajaran dan pembelajaran
· Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa
Keperluan 3: Kolaborasi
Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:
· Sekolah
· Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
· Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:
· Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.
· Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan:
· Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
· Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
· Penandaarasan latihan perguruan
· Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Guru Kompoten :
Guru kompoten ialah guru yang mempunyai kemahiran dalam mengeruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seorang guru perlu mempunyai kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Interaksi dua hala antara guru dengan murid dan murid dengan guru memainkan peranan penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh murid. Antara ciri guru kompoten ialah mempunyai kemahiran pertuturan yang baik antara murid yang bagus serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi berkaitan mata pelajaran yang diajar.
Modal Insan Unggul :
Apabila guru kompeten dapat diwujudkan dengan itu Modal insan unggul juga dapat dilahirkan. Dalam konteks ini Modal Insan Unggul merupakan ciri yang dimiliki oleh manusia yang menyebabkan mereka lebih produktif.Modal Insan Unggul dapat dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijraan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang.
Pembangunan modal
insan unggul suatu proses bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa
dan pembangunan yang penuh dengan keinsanannya. Ia harus dilengkapi dengan
jiwa, hati dan naluri bagi melahirkan insan yang mempunyai sifat keinsanan.
Kesimpulan
Standard Guru
Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada
warganegara Malaysia kini dan akan datang.